Monday, September 14, 2015

Engagement Part 1

Hi dearies, so baru ada masa untuk update entry. Lately busy with business, study, work and latest with preparation of engagement. Yup dah nak jadi tunangan orang by end of this month. Hope everything will run smoothly. Let's cut it short, i nak cerita sikit pasal preparation untuk majlis pertunangan.

After 5 months "berkawan" we decided to bring this relationship to the next phase. Lepas ni sambung bercinta dengan tunang yer hahaha. Preparation untuk majlis kami hanya dalam masa 2 bulan (so imagine la sibuk tahap gaban nya). 

1. List & Budget

List & budget ni pada i sangat penting. It helps me to determine barang ape yang i perlukan untuk majlis & to make sure my spending is within budget.

Contoh list yang i buat

1. Date & Venue

2. Tetamu 150 orang

3. Makanan: Rewang

4. Khemah

5. Hantaran 7-9: untuk bertunang kebanyakan hantaran i adalah makanan contoh nya cake, chocolate, buah-buahan & etc.

6. Baju Tunang:

7. Mini Pelamin by H2 Sweetooth
    FB: H2 Sweetooth - Mini Pelamin
    IG: h2_sweetooth

8. Makeup by FB: Annyss Shahida

9. Doorgift 150 pcs


2. Hunting Session

Hunting session, this part i like the most haha. Kebanyakan barang deco hantaran & dulang i cari kat Sarah Hudges, Jalan TAR. Kedai dia di tingkat 6. Kat situ ada banyak choice of dulang, bunga, & barang2 deco. Gubahan hantaran dua belah pihak homemade by my mom. Artificial flowers around RM9.90 sejambak (5 kuntum bunga besar) but depends pada jenis bunga jugak. Rose foam  yang warna putih macam dalam gambar kat bawah ni RM6.90 sejambak (10 kuntum).


RM11.90/dulang
RM12.90/dulang
Ni dulang pihak lelaki dah siap gubah..mama yang tolong buatkan gubahan
Mungkin ini rezeki i, Gulatis Silk House tengah buat bridal sale at that time. Gunakan kesempatan macam ni untuk berjimat hehe.