Friday, January 9, 2015

Food Hunting: IKEA

Cuti Hari Krismas yang tanpa apa2 plan, tengah seronok berborak melayan clashers kat COC tu then suddenly terfikir nak ajak Cik ul ke ikea, mengidam nak makan kat restaurant ikea tuh. Sambil tu boleh shopping something untuk rumah hehe. Ikea sangat padat on public holiday, kami round dekat 3-4 kali nak cari table kosong dalam restaurant ni, last2 kena waiting for people yang dah nak habis makan tu bangun. Queue nak order food pun kemain panjang lagi.


Happy girl with her happy tummy :D

Bertiga tapi order nya macam soploh orang nak makan hahaha. Kami order chicken wing, double fish & chips, chicken whole, salmon with lemon, meatball & 2 bottle of mineral water. So total kami makan kat sini together with tax RM68.57.


Ni tamak namanya, last2 tak habis pun.




Perut pun dah isi, tummy are happy, kami round Ikea konon nya nak cari hadiah kahwin for our best friend. Last2 lea yang banyak borong barang rumah. Someday bila dah ada rumah sendiri, akan ku hias rumah ku mengikut citarasa ku, tak sabar nak ada rumah sendiri, ecehh.

Friday, January 2, 2015

I January 2015 @ Broga Hill

Happy New Year 2015 :D

Sambut tahun baru 2015 di broga hill. Cepat masa berlalu and this year im turning 1 year older, hehehe. Tahun baru, kehidupan baru, buku baru, yang penting sekarang ni kena fokus lebih pada kehidupan sendiri. Dah banyak plan tersusun untuk tahun ni & harap2 tercapai, aminn. Kali ni hiking trip ke broga hill hanya berempat. Kat kawasan kaki bukit broga hill ni ada disediakan kawasan parking dengan bayaran RM2/per entry. Kami start mendaki pukul 6 pagi, perjalanan ke puncak mengambil masa lebih kurang 30 min. Jadi pada sesiapa yang berhajat nak tengok sunrise, kena mulakan pendakian awal pagi yer. Dinasihatkan bawak torchlight sebab keadaan gelap dan kalau boleh jangan la pakai jeans, berat oii, susah lak tu nak mendaki.







Broga hill ni ada 3 puncak, puncak tinjau pertama, puncak tinjau kedua dan puncak broga. Dia punya penat mendaki tu jangan cakap la, stamina ke laut oii haha. Nasib baik la tak tinggi sangat. Bila dah nak sampai pusat tinjau pertama tu hati ada sikit bunga bunga, rest kejap dalam 5 min & teruskan pendakian ke puncak kedua.




I'm fascinated with the view

Puncak Tinjau Kedua 1150 kaki dari aras laut





Trek broga ni tak ada la susah sangat sebab laluan dah disediakan tapi keselamatan mendaki tu tetap perlu diutamakan. Sampai puncak kedua, rilex jap, tarik nafas jap, terus daki ke puncak terakhir, dah tak jauh pun. 

Posing dulu acah2 model hahaha

Yess dah sampai puncak

Yess akhirnya sampai jugak ke puncak. Puas hati. Lepak kejap hilangkan penat, layan angin kat puncak, kali ni tak dapat tengok sunrise sebab cuaca mendung, kabus tebal. Lebih kurang dalam pukul 8 pagi kami gerak ke bawah, masa untuk breakfast pulak. Kali ke 3 panjat broga, dah 2 kali sampai ke puncak, 1st time naik mampu sampai ke puncak kedua jer. Next time nak layan sunset pulak atas puncak broga. Ramai cakap sunset kat sini cantik.