Saturday, December 13, 2014

Trip to Melaka, 2D1N

Trip to Melaka with Kenit FC on weekend. Cerita ni dah berbulan baru nak update...busy sangat dengan  kerja, belajar la, outstation la, event la, kalah PM busy die tuh hahaha. Perjalanan kami bermula awal pagi sebab takut stuck dalam traffic jam. Sampai melaka around 2pm terus check in kat Euro Rich Hotel. It was a nice place, super comfortable, dah rasa macam duduk hotel 5 star okeh. Euro Rich ni kita boleh dapat family room at RM136/night. Family room ni boleh muatkan 3 orang dalam 1 bilik, 1 queen bed & 1 single bed.


Settle check in, rest kejap and then kami gerak ke Pantai Klebang. Yang menariknya kat sini, ada deretan bustel dan kafe bas. Bas2 lama yang diubah suai menjadi cafe. Kalau nak merasa makan dalam bas, ha mai la singgah sini. Even toilet kat sini pn dari bas yang dah di ubah suai. Toilet dalam bas gitew..haha. Petang tu lepak tepi pantai layan sunset. Malam pulak gerak ke Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung, crowded tempat dia, memang ramai orang.  Kalau hajat nak makan kat sini mohon datang awal sbb parking pun selalu full. Servis agak lambat (mungkin sebab ramai kot) and the food was like sedapppp. So lepas dinner gerak ke Jonker walk, cuci mata sambil food hunting (yeah makan lagi..muahaha).

Ais Krim Pasu RM5

Ais Krim Yougurt RM3

The next day, misi pertama mesti la cari tempat untuk lunch dulu, perut kena isi sebelum nak buat pape. Kami decide nak lepak kat Calanthe Art Cafe. Ha sesuai dengan nama, tempat dia memang menarik, interior design tu cute sangat.Waktu lunch hour memang full, kena tunggu turn.

Calanthe Art Cafe
Painting on the wall

Tomyam Noodle
Selesai makan, baru la boleh jalan2 area Melaka ni. Singgah cuci mata jap kat Hard Rock Shop area Jonker Street ni jer, Lebur jugak la duit kat sini, hahaha. Wajib naik beca kalau nak acah2 ala tourist gitew haha. RM20/ride beca ni akan bawak kita pusing area2 tempat menarik mcm A Famosa. Abang beca kami sporting habis, pasang lagu kuat2, record video, siap menari lagi sambil kayuh beca.




Kemain yang hujung sekali tu posing ala2 model

Settle jalan2 area sini, ha sambung jalan lagi. Nak balik KL macam awal lagi, so singgah Cowboy Town kejap. Cowboy Town ni ala2 taman tema, harga per entry depends on pakej yang kita ambik. Cowboy Town buka 6 petang & kami ambik pakej A RM40 (thanks yuyu belanja, muah ciked). Cowboy Town  at that time bertemakan halloween, so staff kat sana semua dengan costume and make up ala2 halloween.




Kat sini ada Animal Parade Show start 8 malam. Kena tengok sebab memang best siap ade musical show lagi. Mohon ambik seat depan sekali yer sebab boleh tengok depan mata. Dah kata musim halloween kan, so show pun mesti la bertemakan halloween, scary gitew and siap ade red indian show. Habis show pun dah 10 malam, time to go home.







2 comments:

  1. macam sedap je aiskrim yogurt tu...
    rare..susah nk jmpe tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha memang sedap, kat Jonker walk jer ada. Should try.

      Delete