Monday, December 29, 2014

Kembara ke Langkawi

21/2/2014-24/2/2014

Ini kali ke 3 jejak kan kaki kat Pulau Langkawi, tak pernah jemu plus i love beach so much. Ticket flight return to Langkawi RM76/person. Kami stay kat Izz Room Motel terletak kat Pantai Cenang tapi so sad sebab dia tak menghadap pantai. Nak book hotel yang menghadap pantai banyak dah fully booked time tu. Recommended stay area Pantai Cenang sebab ini adalah tarikan utama pelancong & tempat die memang meriah.





The next morning kami ke Dataran Lang. Wajib posing depan statue burung helang yang besar tuh. Tu bukti kami dah jejak kan kaki kat Langkawi, haha. Next to Dataran Lang ada Taman Lagenda Langkawi, walking distance jer. It is a nice place.


Dataran Lang


Taman Lagenda Langkawi

Dah puas bergambar kami gerak ke Underwaterworld Langkawi. RM30 per entry & di buka start 10 pagi-6 petang. Tempat ni memang sesuai sangat untuk family2 yang datang bawak anak2 tuh. Boleh tengok penguin, shark, haish banyak la, yang tak pernah tengok pun ada. Settle kat sini kami gerak ke Langkawi Cable Car. Tercapai jugak hajat hati nak layan sunset atas Gunung Mat Cincang, fuhh syok. Sampai jer, ha ambik kau punya lah panjang queue kat tiket kaunter tuh. Cable car ni RM15 and boleh dapat lagi murah kalau uolls present student card. Memang nervous naik cable car ni bila tengok die naik semakin tinggi & angin kuat buatkan cable car tu bergoyang, fuhh berderau darah haha.






Masa kami datang ni skybridge under maintenance, so tak dapat nak merasa jalan2 kat skybridge tuh, rugi. Sementara nak tunggu sunset, kami lepak dekat satu restoran atas gunung ni. Ha ade restoran okeh atas gunung ni, boleh makan sambil layan view dari ketinggian beribu kaki tapi agak mahal la.

Sunset dari atas Gunung Mat Cincang.

Malam nya kami makan seafood kat kedai makan Haji Ramli area Pantai Cenang ni jer. Ketam masak pedas ala thai die memang terbaik. After dinner, jalan2 cuci mata dekat deretan kedai2 tepi jalan & santai layan angin malam tepi pantai. The next day tu kami ambik pakej untuk ke Pulau Dayang Bunting, RM30 untuk seorang. Teringin sangat nak tengok suasana kat Pulau Dayang Bunting ni.







Ready to go


Dah sampai Pulau Dayang Bunting

Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting kita kena jungle trekking dalam Pulau Dayang Bunting ni around 15 min - 20 min sebab tasik die terletak kat tengah2 pulau. Nak sewa life jacket kat sini RM10. Selesai aktiviti tengah hari tu, kami balik ke hotel, rest kejap & sambung menjelajah Pulau Langkawi, hehe. Petang tu kami ke Makam Mahsuri & Telaga Harbour Park.


Makam Mahsuri

Esok nya dah last day kat Langkawi so malam ni kita tabur duit beli coklat berbakul-bakul haha. Beratus jugak la untuk coklat saja :D (banyak kawan2 kirim yer). Esoknya flight kami ke KL petang so sempat lagi teman Ija borong perfume. Perfume2 kat sini boleh tahan murah jugak. Rambang mata kak nab kita. Sekian saja cerita kami kat Langkawi, gambar last tu dalam kedai perfume hehe.








No comments:

Post a Comment