Monday, December 15, 2014

Food Hunting : ROA by Jovian Mandagie, A Pie Thing, Dip n Dip

Kenit FC buat food hunting. Saja nak try tempat2 makan yang menarik.

1st Place: ROA by Jovian Mandagie

This time kami nak try restoran yang baru saja di bukak pada Ogos lepas, Roa by Jovian Mandagie. Restoran ni berkonsepkan makanan Manado, berasal dari Indonesia. Atas suggestion my little sister, so kami pun try la makanan kat sini. Restoran ni dekat area Seksyen 7, Shah Alam (dekat ngan Pak Li Kopitiam). Kat Bangsar pun ada 1 cawangan. Restoran ni memang cantik, kalau nak candle light dinner tu memang sesuai sangat, romantik gitew.



ROA by Jovian Mandagie


antara menu2 kat sini

Makanan kat sini kalau yang order spicy food tu, memang kaw dia punya pedas. So peminat makanan pedas boleh la try. Untuk yang tak tahan pedas tu, jangan order makanan yang ada cili yer, nangis kang. So i choose to try Nasi Goreng ROA sepinggan RM12.50. Nasi goreng ni agak kering and pedas.


Nasi Goreng ROA RM12.50

My friend order Mee Cakalang. Mee cakalang ni lebih kurang meggi ayam, cuma tambah sayur and ayam racik, RM10

Mee Cakalang RM10

Antara menu lain yang kami pesan, Miedal (Bubur Manado + Mee) RM12.50, for desert bebudak ni choose Banana Cheese Cake RM16/slice. Kalau korang yang jenis lidah exotic ni suka jenis makanan macam ni, ha boleh pegi try. So far the food was ok, but suasana and decoration restoran tu memang super nice and of course nama Jovian Mandagie itself kan. So total kami makan berlima kat sini RM112.




ROA by Jovian Mandagie
No. 1, Jalan Kristal K 7/K (Seksyen 7), Shah AlamSelangor


2nd Place: A Pie Thing

Next place A Pie Thing. Desert time bebeh. Tempat ni penuh dengan various type of pie. Wajib datang & try. Kedai dia kat area Damansara Utama. A Pie Thing ni kat corner lot, kedai die tak besar sangat & ramai orang. What i like about this place is, die punya kedai ni ala2 cafe kat Europe yang selalu kita tengok dalam movie2 omputih tu. Haha teringat ada satu cafe dalam cerita Gossip Girls tu, ha lebih kurang jer. Yang penting desert die sedappp.





Nutella & The Elvis

Chicken Chili Mash



So total up 3 type of pie yang kami pilih ni together with 2 bottle of mineral water RM46.30. Harga pie depend pada pie & topping apa yang kita nak letak atas pie tu. Ok nanti nak repeat balik tempat ni.


A Pie Thing

128G, Jalan SS21/35, Damansara Utama
Petaling Jaya, Malaysia


3rd Place : Dip n Dip

Last place for the night. Hajat hati nak karaoke dulu sejam dua, ahh tak jumpa pulak tempat karaoke so terus ke Dip n Dip, yeahh desert lagi after desert hahaha. Dip n Dip kat Bangsar ni memang selalu full bak kata Cik yuyu tapi luck kami baik, malam tu tak payah nak beratur panjang. Sampai jer dah ada table kosong. For choco lovers memang recommended datang sini. Sebabkan perut memasing dah full, kami order Brownies Crepe & share berlima. Fuhh sedappp, tetibe macam nak order lagi 1. 


Brownies Crepe RM28


Dip n Dip 
5, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


No comments:

Post a Comment