Monday, December 29, 2014

Kembara ke Langkawi

21/2/2014-24/2/2014

Ini kali ke 3 jejak kan kaki kat Pulau Langkawi, tak pernah jemu plus i love beach so much. Ticket flight return to Langkawi RM76/person. Kami stay kat Izz Room Motel terletak kat Pantai Cenang tapi so sad sebab dia tak menghadap pantai. Nak book hotel yang menghadap pantai banyak dah fully booked time tu. Recommended stay area Pantai Cenang sebab ini adalah tarikan utama pelancong & tempat die memang meriah.





The next morning kami ke Dataran Lang. Wajib posing depan statue burung helang yang besar tuh. Tu bukti kami dah jejak kan kaki kat Langkawi, haha. Next to Dataran Lang ada Taman Lagenda Langkawi, walking distance jer. It is a nice place.


Dataran Lang


Taman Lagenda Langkawi

Dah puas bergambar kami gerak ke Underwaterworld Langkawi. RM30 per entry & di buka start 10 pagi-6 petang. Tempat ni memang sesuai sangat untuk family2 yang datang bawak anak2 tuh. Boleh tengok penguin, shark, haish banyak la, yang tak pernah tengok pun ada. Settle kat sini kami gerak ke Langkawi Cable Car. Tercapai jugak hajat hati nak layan sunset atas Gunung Mat Cincang, fuhh syok. Sampai jer, ha ambik kau punya lah panjang queue kat tiket kaunter tuh. Cable car ni RM15 and boleh dapat lagi murah kalau uolls present student card. Memang nervous naik cable car ni bila tengok die naik semakin tinggi & angin kuat buatkan cable car tu bergoyang, fuhh berderau darah haha.






Masa kami datang ni skybridge under maintenance, so tak dapat nak merasa jalan2 kat skybridge tuh, rugi. Sementara nak tunggu sunset, kami lepak dekat satu restoran atas gunung ni. Ha ade restoran okeh atas gunung ni, boleh makan sambil layan view dari ketinggian beribu kaki tapi agak mahal la.

Sunset dari atas Gunung Mat Cincang.

Malam nya kami makan seafood kat kedai makan Haji Ramli area Pantai Cenang ni jer. Ketam masak pedas ala thai die memang terbaik. After dinner, jalan2 cuci mata dekat deretan kedai2 tepi jalan & santai layan angin malam tepi pantai. The next day tu kami ambik pakej untuk ke Pulau Dayang Bunting, RM30 untuk seorang. Teringin sangat nak tengok suasana kat Pulau Dayang Bunting ni.







Ready to go


Dah sampai Pulau Dayang Bunting

Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting kita kena jungle trekking dalam Pulau Dayang Bunting ni around 15 min - 20 min sebab tasik die terletak kat tengah2 pulau. Nak sewa life jacket kat sini RM10. Selesai aktiviti tengah hari tu, kami balik ke hotel, rest kejap & sambung menjelajah Pulau Langkawi, hehe. Petang tu kami ke Makam Mahsuri & Telaga Harbour Park.


Makam Mahsuri

Esok nya dah last day kat Langkawi so malam ni kita tabur duit beli coklat berbakul-bakul haha. Beratus jugak la untuk coklat saja :D (banyak kawan2 kirim yer). Esoknya flight kami ke KL petang so sempat lagi teman Ija borong perfume. Perfume2 kat sini boleh tahan murah jugak. Rambang mata kak nab kita. Sekian saja cerita kami kat Langkawi, gambar last tu dalam kedai perfume hehe.








Monday, December 15, 2014

Food Hunting : ROA by Jovian Mandagie, A Pie Thing, Dip n Dip

Kenit FC buat food hunting. Saja nak try tempat2 makan yang menarik.

1st Place: ROA by Jovian Mandagie

This time kami nak try restoran yang baru saja di bukak pada Ogos lepas, Roa by Jovian Mandagie. Restoran ni berkonsepkan makanan Manado, berasal dari Indonesia. Atas suggestion my little sister, so kami pun try la makanan kat sini. Restoran ni dekat area Seksyen 7, Shah Alam (dekat ngan Pak Li Kopitiam). Kat Bangsar pun ada 1 cawangan. Restoran ni memang cantik, kalau nak candle light dinner tu memang sesuai sangat, romantik gitew.



ROA by Jovian Mandagie


antara menu2 kat sini

Makanan kat sini kalau yang order spicy food tu, memang kaw dia punya pedas. So peminat makanan pedas boleh la try. Untuk yang tak tahan pedas tu, jangan order makanan yang ada cili yer, nangis kang. So i choose to try Nasi Goreng ROA sepinggan RM12.50. Nasi goreng ni agak kering and pedas.


Nasi Goreng ROA RM12.50

My friend order Mee Cakalang. Mee cakalang ni lebih kurang meggi ayam, cuma tambah sayur and ayam racik, RM10

Mee Cakalang RM10

Antara menu lain yang kami pesan, Miedal (Bubur Manado + Mee) RM12.50, for desert bebudak ni choose Banana Cheese Cake RM16/slice. Kalau korang yang jenis lidah exotic ni suka jenis makanan macam ni, ha boleh pegi try. So far the food was ok, but suasana and decoration restoran tu memang super nice and of course nama Jovian Mandagie itself kan. So total kami makan berlima kat sini RM112.




ROA by Jovian Mandagie
No. 1, Jalan Kristal K 7/K (Seksyen 7), Shah AlamSelangor


2nd Place: A Pie Thing

Next place A Pie Thing. Desert time bebeh. Tempat ni penuh dengan various type of pie. Wajib datang & try. Kedai dia kat area Damansara Utama. A Pie Thing ni kat corner lot, kedai die tak besar sangat & ramai orang. What i like about this place is, die punya kedai ni ala2 cafe kat Europe yang selalu kita tengok dalam movie2 omputih tu. Haha teringat ada satu cafe dalam cerita Gossip Girls tu, ha lebih kurang jer. Yang penting desert die sedappp.





Nutella & The Elvis

Chicken Chili Mash



So total up 3 type of pie yang kami pilih ni together with 2 bottle of mineral water RM46.30. Harga pie depend pada pie & topping apa yang kita nak letak atas pie tu. Ok nanti nak repeat balik tempat ni.


A Pie Thing

128G, Jalan SS21/35, Damansara Utama
Petaling Jaya, Malaysia


3rd Place : Dip n Dip

Last place for the night. Hajat hati nak karaoke dulu sejam dua, ahh tak jumpa pulak tempat karaoke so terus ke Dip n Dip, yeahh desert lagi after desert hahaha. Dip n Dip kat Bangsar ni memang selalu full bak kata Cik yuyu tapi luck kami baik, malam tu tak payah nak beratur panjang. Sampai jer dah ada table kosong. For choco lovers memang recommended datang sini. Sebabkan perut memasing dah full, kami order Brownies Crepe & share berlima. Fuhh sedappp, tetibe macam nak order lagi 1. 


Brownies Crepe RM28


Dip n Dip 
5, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


Saturday, December 13, 2014

Trip to Melaka, 2D1N

Trip to Melaka with Kenit FC on weekend. Cerita ni dah berbulan baru nak update...busy sangat dengan  kerja, belajar la, outstation la, event la, kalah PM busy die tuh hahaha. Perjalanan kami bermula awal pagi sebab takut stuck dalam traffic jam. Sampai melaka around 2pm terus check in kat Euro Rich Hotel. It was a nice place, super comfortable, dah rasa macam duduk hotel 5 star okeh. Euro Rich ni kita boleh dapat family room at RM136/night. Family room ni boleh muatkan 3 orang dalam 1 bilik, 1 queen bed & 1 single bed.


Settle check in, rest kejap and then kami gerak ke Pantai Klebang. Yang menariknya kat sini, ada deretan bustel dan kafe bas. Bas2 lama yang diubah suai menjadi cafe. Kalau nak merasa makan dalam bas, ha mai la singgah sini. Even toilet kat sini pn dari bas yang dah di ubah suai. Toilet dalam bas gitew..haha. Petang tu lepak tepi pantai layan sunset. Malam pulak gerak ke Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung, crowded tempat dia, memang ramai orang.  Kalau hajat nak makan kat sini mohon datang awal sbb parking pun selalu full. Servis agak lambat (mungkin sebab ramai kot) and the food was like sedapppp. So lepas dinner gerak ke Jonker walk, cuci mata sambil food hunting (yeah makan lagi..muahaha).

Ais Krim Pasu RM5

Ais Krim Yougurt RM3

The next day, misi pertama mesti la cari tempat untuk lunch dulu, perut kena isi sebelum nak buat pape. Kami decide nak lepak kat Calanthe Art Cafe. Ha sesuai dengan nama, tempat dia memang menarik, interior design tu cute sangat.Waktu lunch hour memang full, kena tunggu turn.

Calanthe Art Cafe
Painting on the wall

Tomyam Noodle
Selesai makan, baru la boleh jalan2 area Melaka ni. Singgah cuci mata jap kat Hard Rock Shop area Jonker Street ni jer, Lebur jugak la duit kat sini, hahaha. Wajib naik beca kalau nak acah2 ala tourist gitew haha. RM20/ride beca ni akan bawak kita pusing area2 tempat menarik mcm A Famosa. Abang beca kami sporting habis, pasang lagu kuat2, record video, siap menari lagi sambil kayuh beca.




Kemain yang hujung sekali tu posing ala2 model

Settle jalan2 area sini, ha sambung jalan lagi. Nak balik KL macam awal lagi, so singgah Cowboy Town kejap. Cowboy Town ni ala2 taman tema, harga per entry depends on pakej yang kita ambik. Cowboy Town buka 6 petang & kami ambik pakej A RM40 (thanks yuyu belanja, muah ciked). Cowboy Town  at that time bertemakan halloween, so staff kat sana semua dengan costume and make up ala2 halloween.




Kat sini ada Animal Parade Show start 8 malam. Kena tengok sebab memang best siap ade musical show lagi. Mohon ambik seat depan sekali yer sebab boleh tengok depan mata. Dah kata musim halloween kan, so show pun mesti la bertemakan halloween, scary gitew and siap ade red indian show. Habis show pun dah 10 malam, time to go home.







Wednesday, December 10, 2014

Trip to PD, 2D1N

15 November 2014- 16 November 2014

Short trip to PD with the girls. Cuti hujung minggu kali ni kami plan ke PD untuk spend time and having fun together. Kalau rasa bajet ciput, jadual busy, tapi nak jugak berjalan, ha PD pn ok untuk release tension. Kami stay at Grand Lexis PD @ RM650/night, murah ok. Ha kenapa murah, sebab bilik ni kitorang dapat dengan harga murah kat Matta Fair and we share with 8 people, so sorang bayar RM82 sahaja untuk 1 malam tapi yang jadi pergi hanya 4 orang jer, untung kan. Kami booked water villas room, with private pool inside, ha nak berbikini pun no hal la..haha.

Water Villas @ Grand Lexis PD

Our room

Rasa bahagia berbunga-bunga bila tengok bilik hotel kami, selesa habis. Settle check in, kami lunch kat Cowboy Place near to Marina Hotel. Nasi kukus ayam panggang 1 set RM6.50 (kalau xsilap, ingatan dah pudar sikit). Lepas makan, temankan member2 nak main ATV kat Extreme PD... RM30/ride, estimate time dalam 30 min. Ok yang ni xboleh nak komen banyak sebab lea tak naik pun, hahaha. Tapi sesape yang pergi PD should try ATV ni, i share some photos ok.







Habis jer aktiviti ATV, kami gerak balik bilik dan masa untuk berendam dalam pool. Bilik kami kat 2nd floor jadi pool open air ala-ala pool kat rooftop tu ha, kerlass kau. Esoknya after check out, on the way balik KL, kami singgah layan movie Big Hero 6 dulu & makan satay tulang kat senawang. Cik ul kita mengidam sangat nak makan satay tulang. Satay tulang tu  daging ayam yang ada tulang.